Senarai semak untuk hari raya sudah aku sediakan sejak dua bulan lepas. Tema baju raya sudah ditetapkan Mei lagi. Aku pilih biru dan dapat restu daripada Abah. Syukur. Jadi aku uruskan baju untuk Mi dan adik perempuanku Nadia. Selesai. Tinggal lagi baju Abah dan adik beradik lelaki. Bulan Ramadan nanti selesaikan. Adikku Faiz, katanya nak uruskan sendiri. Tapi harus juga dipantau. Nanti tertukar biru dengan ungu, ya ke? Kuih raya juga ada yang sudah ditempah. Cukuplah rasanya, tinggal langkah terakhir. Tiket balik kampung paling bermasalah. Harga belon memang menggunung. Kalau biasa dan keretapi, aduh nanti mesti kehabisan. Tidak memutuskan lagi kenderaan pulang dan kembali ke KL. Ada cadangan? Boleh tumpag keretakah? Itu sahaja yang adala lam perancangan, tentang persiapan rumah, tidak penting. Semuanya pasti di bawah keloloan Mi.
Cumanya satu lagi persiapan penting untuk hari raya adalah status kepulangan ke kampung. Untuk Che Su, mak saudara tersayang dan sepupu tersayang Kak Ha. Kalau mereka balik harus merencana program besar-besaran. Ingat kami tak boleh adakah barbeku ke? Paling Penting sotong kena ada! Reunion geng Laskar Redang dengan kawan-kawan. Oh, yang ini masih berkira-kira lagi. Maklum saja barangkali aku seorang saja yang bujang rasanya. Macam susah saja. Eh, bukanlah, ada dua orang bujang.
Sabtu tempoh hari, aku menyiapkan risalah untuk program di flat sempena bulan Syaaban. Terpaksalah menjelajah mencari sedikit maklumat. Aduh, terasa seperti dipanah petir. Kenapa banyak benda yang aku lupa? Lupa pada keistimewaan tiga bulan utama- Rejab, Syaban dan Ramadan. Persiapan bulan Rejab dan Syaaban sudah terlepas. Tinggal lagi Ramadan. Sempatkah merancang? Persiapan raya yang lebih aku utamakan.
Apakah persiapan untuk Ramadan? Kembali dahulu kepada objektif yang ingin dicapai semasa Ramadan. Pertama, aku ingin kuruskan badan. Harap betul-betul menjadi tahun ini. Kedua, sempurnakan terawih dan mengejar Lailatul Qadar. Ketiga, meningkatkan ilmu. Cukup sekadar tiga rasanya kerana lebihan objektif bakal menyebabkan aku menampung lebihan beban. Aku kerdil dan tidak kuat.
Lantas yang tergambar sekarang adalah memilih dua buku untuk dikhatamkan sepanjang Ramadan. Aku memilih daripada koleksi yang ada di rak iaitu Natrah: Cinta. Rusuhan. Air mata , karangan Fatini Yaacob UTM) dan Hidayah karangan Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Khatam Al-Quran bagaimana? Uh, jawapannya agar sukar. Demi menghidupkan terawih dan mengejar Lalilatul Qadar rasanya aku harus lebih kuatkan semangat dan mencari teman untuk seiring solat dan bangun malam. Siapa boleh kejutkan aku, angkat tangan? Tahun lepas rekod berat badan paling sedikit adalah semasa Ramadan, jadi aku kira teruskan saja langkah yang lalu. Oh, harus beli oat segera!!
Apakah persediaan anda untuk Ramadan? Bolehkah berkongsi denganku? Aku takut ini adalah sebahagian daripada sikap riak dalam diri. Mudah-mudahan tidak dinilai Allah begitu. Aku sekadar mahu berkongsi.

5 comments:
ermm.. pasal cara nak menguruskan atau menurunkan berat badan nie, kena pastikan apa yg bermasalah dulu..
lemak ke, angin ke, toksik ke.
panjang ceritanya. huhu.
Shye: pendekkanlah.. kena bagi faham juga ni.. dah dekat nak sambut Ramadan ni
kalau dalam perut kita sebenarnya ada banyak angin (yg menyebabkan kembung perut/buncit), exercise banyak mana pun ia takkan mengempiskan pun.
kalau dalam perut kita sebenarnya banyak lemak yg terkumpul, baru berkesan kalau exercise bebanyak. dan diet.
nak makan oats kan? oats memang baik, kerana ia fiber. fiber ni merupakan pelawas yg baik. maka ia dapat la membuang toksik2. kalau usus banyak toksik, maka elok la fiber.
tapi hati2, sebab oats ni mengeluarkan gas yg menyebabkan angin. so berpada2 gak la.
pastikan jugak makanan2 yg menyebabkan gas seperti buah-buahan dan certain sayur-sayuran. ni kalau kita ingin diet protein, iaitu lebihkan makan buah2an, meat n fruits daripada karbo. kalau dalam perut/usus kita banyak angin, haruslah ambil tahu perkara ni.
that's why, kena pastikan kita gemuk sebab apa. dan kita nak kurus bahagian mana. apa masalahnya dan cara2 atasinya yang betul dan berkesan.
panjang gak rupanya. hehe..
so, kenali punca masalah berat badan atau kegemukan diri sendiri dulu. sebab tak semua kaedah tu sesuai utk semua orang.
jangan lupa untuk minum banyak air ye peng... sebab minum banyak air dapat memudahkan lemak2 dalam tubuh utk ditukarkan kepada tenaga.
uh, macam banyak lagi kena menuntut ilmu dengan shye ni
boleh.. hmm perlukah satu entry mengenainya. heheh
Post a Comment