Monday, June 21, 2010

Tangan Kiriku

Perlukan kata yang cukup hebat? Memilih untuk tunduk kaku?

Hampir dua minggu berlalu. Rasa segalanya. Simpati, marah dan bosan. Dia bagaimana? Perkara yang terjadi dalam lingkungan waktu ini menyebabkan aku berfikir banyak kali. Termenung.

Tentu sungguh aku menyusahkannya. Terpaksa menghantar dan mengambilku setiap hari. Menunggu aku bersiap dan menyiapkan segala yang aku perlukan. Bukan dua minggu malah sebulan menemani. Menuruti kemahuanku. Uh, baru kini aku merasai betapa penat susahnya.

Terima kasih untuk sahabatku, teman serumahku- Shukri yang memboncengkanku setiap pagi. Malah menolongku jika tidak terdaya dan mengubati luka. Kini baru aku rasai bahawa aku sungguh membebani. Jasa yang tidak dapat aku gantikan. Jutaan penghargaan tentu tidak boleh menutup pengorbananmu sewaktu menjadi teman setiaku ketika tangan aku bersimen beberapa tahun yang lalu.

Shuq, hanya secebis ingatan ini untukmu yang menjadi tangan kiri sewaktu tangan kiriku patah dahulu. Sekadar ini yang termampu. Mudah-mudahan rasa sakit pada tangan kiriku yang datang sekali-sekala menambah bekalanmu untuk ke syurga.

3 comments:

permata_HIJAU said...

amin.....
barakallahualaik....

jangan sesekali kita mengalah dan menyerah pada sesuatu yang diuji....kita lawan dan bangkit dari setiap tragedi...
insyaallah, moga ganjaran nya besar di sana nanti....

Wan Syahida said...

Amin...

Oo... Sakit lagi ke?

fairuspeng said...

permata hijau: insyaallah...

Shye: kadang-kadang... bila buat kerja berat